Kenali Nieta Fashion.........

Perniagaan Nieta Fashion telah ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Suitah Abdul Rahman selaku pengasas dan pengurus syarikat. Ia menyediakan perkhidmatan membuat pakaian lelaki dan wanita, samada fesyen pakaian yang moden ataupun yang tradisional. Berbekalkan pengalaman selama hampir sebelas(11) tahun dalam bidang pembuatan pakaian.Nieta Fashion membuat pakaian lelaki dan wanita, seperti baju melayu, baju kurung, baju kebaya, dan baju pengantin. Nieta Fashion juga menyediakan perkhidmatan menjahit kain jendela, kain cadar, dan sarung kusyen.Selain dari pembuatan pakaian, Nieta Fashion juga memberikan khidmat nasihat kepada pelanggannya dari segi hiasan pakaian dan fesyen yang paling sesuai dengan pemakai.